Profil

Persatuan Bangun Bersama Kuala Lumpur (PPM-004-14-22072019) adalah sebuah badan kebajikan yang berdaftar secara rasmi dengan ROS menggunakan nama Persatuan Bangun Bersama Kuala Lumpur pada 22 Julai 2019. Idea penubuhan bermula atas inisiatif beberapa individu yang melihat adanya potensi untuk membangunkan masyarakat bandar yang ketinggalan dalam beberapa aspek terutamanya pembangunan sahsiah, sosial dan jati diri. Antara usaha awal kami pada tahun 2018 ialah menjalankan kelas pengajian Al-Quran dan kelas tuisyen secara percuma dalam skala yang kecil. Melihat kepada keperluan dan kepentingan untuk meneruskan projek ini, kami menubuhkan Bangun Bersama supaya projek ini dapat terus berkembang ke seluruh pelosok kota raya Kuala Lumpur

Projek Quran Kota Raya

Projek Quran Kota Raya (PQKR) merupakan inisiatif yang diadakan di kawasan-kawasan perumahan bagi anak- anak muda mempelajari ilmu Al-Quran dengan teratur bersama ustaz/ustazah yang bertauliah.

Projek Tuisyen Kota Raya

Projek Tuisyen Kota Raya (PTKR) adalah projek yang dijalankan bagi menyediakan ruang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah mendapatkan pendidikan tambahan seiring dengan silibus di sekolah.

Kebajikan Komuniti

Usaha kami dalam membantu masyarakat juga melalui bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan asas makanan, kit Covid test, bantuan sara hidup, bantuan mangsa banjir, dan pelbagai lagi.

Pembangunan Anak-anak

Kami percaya pembentukan sebuah tamadun yang hebat di masa hadapan bermula daripada pembentukan dan pembangunan anak-anak muda dengan ilmu dan akhlak yang unggul. Kem bestari, bengkel solat, kelas2 fardu ain adalah contoh usaha kami.

Scroll to Top